Seorang tukang rumah didakwa di dua Mahkamah Sesyen Butterworth atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun sejak dua tahun lepas.
Tertuduh yang juga seorang mualaf berusia 35 tahun itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dihadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan Noor Aini Yusof pada Jumaat.